Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah..i made it at last!..
Let's check check check it out!!!!
May Allah bless u ..(n_n)V

Wednesday 17 August 2011

Tolong Sampaikan pada Si Dia.


Posted by PicasaAssalamualaikum cinta….

Tolong sampaikan pada si dia….
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya…
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya…
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan menyintai diriku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari mengingati Yang Maha Kuasa
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakan ku lebih dari mendoakan ibu bapanya…

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerna di situ ada syurga…
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerna  di telapak itu syurganya…

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupanya…
Tolong ingatkan si dia, ,aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerna santunnya

Tolong tegur si dia, bila dia mahu mengagungkan cinta manusia…
Tolong tegur si dia, bila tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya…

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia tanggungjawabnya besar kepada keluarga

Tolong sebarkan pada si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sebarkan padasi dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sebarkan pada si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya,aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalan …
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya…

Tolong khabarkan pada si dia, aku tak mahu melekakan dia…
Tolong khabarkan pada sidia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-cita nya…..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri……..

Hanya engkau Ya Allah yang mengetahui siapa si dia…
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia…
Dengan santunnya & bertemula mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…..

No comments:

Post a Comment